LANGKAWI – Program Santapan Rohani Ramadan Komuniti Desa KEDA diteruskan lagi dengan lokasi ketujuh penganjurannya di Zon 1, Langkawi bersempena Iftar Perdana KEDA Ramadan 1447H yang berlangsung di Masjid As Sofiah Desa KEDA Wang Tok Rendong, di sini.Program yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ini menghimpunkan penduduk desa-desa KEDA sekitar Zon 1 bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat dan pihak KEDA.Program dimulakan dengan menziarahi para asnaf dari rumah ke rumah dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada penduduk sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan komuniti desa di kawasan berkenaan.Turut dihadiri dan di sampaikan juga oleh Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Langkawi, YBhg. Dato’ Mohd Nazifuddin bin Dato’ Sri Najib yang menzahirkan penghargaan terhadap usaha KEDA dalam menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat desa, khususnya dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian dan kebajikan.Program kemudian diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa dan menunaikan solat Maghrib, diikuti solat Isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah.Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuhkan hubungan antara KEDA dan masyarakat desa serta menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan komuniti setempat.
PROGRAM SANTAPAN ROHANI RAMADAN KOMUNITI DESA KEDA ZON 1 8 MAC 2026 & SESI PENYERAHAN SURAT PERJANJIAN KIOSK DESA KEDA WANG TOK RENDONG
Galeri19 gambar

















